Wednesday 26 October 2011

Nasib seorang Muammar Gaddafi

Muammar Gaddafi merupakan seorang pemimpin yang paling lama memerintah di Afrika dan dunia Arab. Beliau telah memerintah Libya sejak berumur 27 tahun, iaitu selepas menggulingkan Raja Idris I dan sekaligus berjaya mengeluarkan Libya daripada dilema politik yang berpanjangan.
Kelantangan beliau di pentas politik dunia sangat digeruni oleh dunia Barat termasuklah orang-orang Yahudi. Manakan tidaknya, beliau satu-satunya pemimpin yang pernah mencampakkan Piagam PBB semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong PBB. Sape yang berani beb!! Ronald Reagen, mantan Presiden AS sendiri pernah menggelarkan beliau sebagai anjing gila kerana terlampau lantang bersuara..sikit pun beliau x heran!!
Samada sedar atau tidak (tapi ramai yang buat-buat x sedar termasuklah rakyat Libya sendiri), Gaddafi telah berjaya membawa Libya ke sebuah tahap di mana rakyatnya tidak perlu lagi bergantung dan menjadi hamba kepada Barat. Antara sumbangan Kerajaan Gaddafi ialah :
  1. Setiap rakyat Libya menerima saguhati daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Ini sejajar dengan amalan Kerajaan Emiriah Arab Bersatu di mana mereka memperuntukkan di dalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya. (So xdela isu wang royalty x sampai ke tangan rakyat)
  2. Cukai maksimum hanya 12%.
  3. Takde 1 pun bank di Libya yang mengamalkan faedah/riba.
  4. Tidak ada rumah yang di pajak di Libya.
  5. Mana-mana rakyat Libya yang mahu bertani atau menusahakan ladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan serta benih secara free!
  6. Rakyat Libya tidak dikenakan sebarang caj elektrik!
  7. Rakyat diberikan kemudahan pendidikan dan perubatan percuma.
  8. Mana-mana pasangan pengantin baru akan diberi saguhati 6,000 dinar oleh kerajaan.
  9. Harga gas adalah serendah 12 sen seliter.
  10. Rakyat yang berhasrat nak beli kereta guna loan x dikenakan sebarang faedah. Pinjam 50k, bayar balik pun 50k. (super cool!!)
  11.  Satu system saliran canggih telah di bina di Lbya bagi membekalkan air bersih ke seluruh Negara. So rakyat Libya x perlu lagi bergantung kepada orang luar.
  12. Kadar celik ilmu semasa pemerintahan Raja Idris I hanyalah 10%. Namun selepas Libya di ambil alih oleh Gaddafi, kadar ini telah meningkat kepada 90%!!
  13. Kes kebuluran dan homeless people di Libya adalah sangat terpencil iaitu kurang 5%. Kadar ini jauh bezanya dengan Amerika! 
Banyak lagi sebenanyer..tapi ni adalah antara yang major.. Apa yang Gaddafi buat  ni merupakan antara ciri-ciri Negara Kebajikan berteraskan Islam tanpa perlu tunduk kepada kuasa Barat ditambah pula dengan kekuatan ekonominya. Mane la si Barat ni nak senang duduk tengok ada Negara Islam yang well established camni.. Yang paling Barat takutkan, Gaddafi meminta Barat untuk membeli minyak menggunakan dinar emas. Dan sah-sah la ianya sangat tidak dipersetujui oleh Barat kerana selama ini mereka hanya menggunakan matawang USD. Namun demikian, Gaddafi mula hanyut dengan harta dunia di mana beliau mula bertindak zalim dan seperti diktator terhadap rakyatnya. Hal ini membuatkan Barat cuba untuk mengambil kesempatan.
Secara senyap, Barat dan Yahudi telah merancang untuk menghapuskan Gaddafi. Langkah pertama yang dilakukan adalah dengan menghasut rakyat Libya sendiri untuk membenci Gaddafi. Tak cukup dengan tu, mereka juga dibekalkan dengan senjata dan pesawat gempur Nato untuk melawan Gaddafi. The best part is, ada pulak yang sanggup diperkudakan Barat untuk menentang bangsa sendiri!! Atas nama demokrasi dan kebebasan manusia , mereka memilih untuk menyebelahi Kafir untuk menggulingkan pemerintah sendiri yang banyak berjasa.
Akhirnya, rancangan Barat berjaya. Muammar Gaddafi telah dibunuh dan nyawa beliau telah ditamatkan oleh seorang rakyat Libya sendiri.. Yang menyedihkan, jenazah beliau telah di hina dengan teruk sekali oleh rakyat Libya sendiri.. Selama beberapa hari jenazahnya ditempatkan di dalam peti beku di sebuah kedai menjual daging. Selama itu, beribu-ribu orang telah beratur panjang untuk melihat sendiri jenazah beliau. Bukan untuk memberi penghormatan terakhir, tetapi hinaan terakhir. Mereka juga bergaduh tentang bagaimana untuk menyempurnakan jenazah beliau. Malah, ada yang mengusulkan supaya dicampak saja jenazah beliau di padang pasir supaya dimakan musang kerana orang seperti beliau tidak layak untuk dikebumikan dengan sempurna.  
Apabila seorang muslim meninggal,maka fardhu kifayah ( kewajiban ditujukan kepada orang banyak,apabila sebagian  dari mereka telah mengejarkannya maka terlepaslah yang lain dari kewajibannya itu,akan tetapi jika tak ada seorang pun yang mengerjakannya,maka mereka berdosa semuanya ) atas orang hidup menyelenggarakan 4 perkara, iaitu:

1.      Memandikan Jenazah
2.      Mengafani Jenazah
3.      Menyolatkan Jenazah
4.      Menguburkan Jenazah

Justeru, dari pandangan seorang Muslim yang masih cetek ilmunya, adalah tidak patut sama sekali layanan yang diberikan ke atas jenazah Gaddafi. Sungguhpun beliau pernah melakukan kesilapan, namun siapalah kita sebagai manusia untuk menghukum beliau sedemikian rupa. Lebih-lebih lagi apa yang dilakukan terhadapnya itu adalah oleh orang ISLAM.

p/s: mintak dijauhkan perkara-perkara seperti ini berlaku di negara kita walaupun telah nampak tanda-tanda awal perkara ini. (Nau’uzubillahiminzalik..). Semoga Allah mengampun dosa Muammar Gaddafi dan seluruh umat Islam..

Friday 14 October 2011

karnival perkahwinan PENIPU???



Dalam 2-3 tahun kebelakangan ni, festival/karnival perkahwinan dah jadi macam trend..dalam setahun, mesti ade at least 2 or 3 event and for sure akan dapat sambutan hangat dari pengunjung...mase ni lah butik2 pengantin, mak andam, orang catering berebut nak buat duit..mane tak nye, just bayar sewa tapak, pastu free2 boleh promote business masing2...

kalo sape penah pegi event camni, mesti korang tau betape ramai n meriahnye umat..best gak tgk org buat bisness bagi harge promotion habis-habisan..yang bakal2 pengantin, haruslah naik juling bijik mate nak buat pilihan..ramai bakal pengantin skarang ni boleh dikatekan terlampau bergantung kepada karnival2 macam ni untuk majlis kahwin diorang.. (temasuklah saye dulu... =))

yerla, sape x nak kalo dh dibagi pilihan terbentang luas kat depan mate...tinggal pilih jer..xyah nak merayau dari 1 butik ke butik nak nk survey..dh jimat mase n tenage..bayangkanlah, promosi yg biasenye di buat time2 camni memang susah nak dapat kat tempat lain..sape yang x nak? ye dok?yang dok offer honeymoon package free la, oven free la, microwave free la, washing machine free la..pastu ade plak yang bg discount 10-30%..haishh..pendek kate, kalo dh masuk dewan pameran tu, mmg x jumpe jalan keluar la sebab dok leka dengar tokey2 kat dalam tu meng'explain' promosi masing2..kalo keluar dari dewan tu, x dapat kumpul brochure smpai 1 beg plastik itam, memang x sah (isk isk isk..org malaysia ni mmg suke tebang pokok)

TAPI, ramai bakal2 pengantin ni x prasan yang diorang ni sume berpotensi untuk tertipu!! (ni based on self experience)..nak tau mcm mane??

  • Rebate Voucher/Pakej Promosi
          Biasenye tokey2 ni offer rebate voucher kat potential customer..Contohnyer, kalo amik pakej diorang, customer tu akan dapat 10-30% diskaun..Tapi syaratnyer voucher tu hanye valid pada tarikh berlangsungnya karnival kahwin tu..kalo gune tarikh lain, sori la..voucher tu dh x laku..and sorang customer hanye valid untuk 1 voucher jer..tokey2 ni pun pandai, untuk mengelakkan customer2 ni x lari n cepat2 sign up, diorang akan suruh customer buat deposit time tu gak..sikit pon xper..janji bayor..so, once dh bayor deposit, susah la nak larii..

Mase ni jugak, ramai la tokey2 yang sebok dok offer pakej2 promosi yang kononnya hanye ditawarkan untuk tempoh 3 hari tu jer..kirenye kalo dtg time lain kat butik diorang, mmg x dapat la harge tu..yg bakal2 pengantin ni plak, bile dh dengar macam tu, laju jer nak bayor deposit (refer diri sendiri..hik hik). bile dh siap2 bayor deposit, make pegi lah si bakal pengantin tu tadik ke butik tersebut bagi membuat pilihan baju n pelamin mane nak (skali lagi refer pade diri sendiri.. hik hik )bile dh smpai tuh, rambang la bijik mate menengok busana2 yang gah tergantung2 kat butik tu..bile kite start pegang jer, laju je budak butik tu menegur "sori kak, baju ni x temasuk dalam pakej akak" (haa..hambek kau..sentap hati mak nak!!) bile pegang baju kedua pun, same gak..camtu la ayat dia..begitulah baju2 yang ketiga, keempat dan yang seterusnyer.."la..abistu kalo sumenyer x masuk pakej, baju mane je yg boley pilih??" dengan muke x besalah, laju je dia menjawab "akak boleh pilih baju yg tergantung kat bahagian blakang tu jer" bile tengok betul2, mmg la ade byk, tapi masalahnyer ade satu dua jer pesen yg hap to date..yg lain sume baju2 pesen rohana jalil...giler ke hapa?? eeeee...jahat jahat jahat tau diorang nih!!

  • Mulut Manis
          Ramai tokey2 ni jenis mulut manis..Mase buat promosi tu kat situ, bukan main lagi ayat propa..sampai kite pon naik cair n dh x pandang dah booth2 lain..tapi bile kite dh konfirm nak amik pakej diorang n dh bayar deposit, mulelah buat taik..dah la susah nak buat appointment..pastu macam nak tak nak jer layan kite..tepakse kite plak yang terhegeh2 contact dia nak buat appointment..bile kite asik2 kol, nant diorg yg naik angin..

  •       Gambo GEMPAK    
                Haa...yang nih mmg wajib la kan..mesti la tokey2 ni nak tunjuk album portfolio diorang..maksudnyer hasil2 kerja yang diorang penah buat...yang ni lagi satu..jgn senang2 tetipu..sape2 pon boleh claim make up/pelamin/etc tu diorg yang buat..sbb camne nak buktikan time tu kan..saye ade sorang kawan..make up mase hari kawen dia mcm tepong gomak..kesian..bile tgk gamba baru prasan..nak menangis air mate darah pon dh x gune time tuh..

keseluruhannya, bukanlah sume yg join karnival kawen ni buat peel macam nih..hanye segelintir kecil jer..tapi memburukkan yang lain2..isk isk isk tak baik tau korang nih..menganiaye bakal2 pengantin..ingatkan senang2 ker diorang nak kuar duit macam tu jer??..dh betahun2 kompol, mestilah diorg nak yang terbaik untuk hari penting diorang..x salah nak carik makan..tp jangan lah smpai menganiaye org lain..kalo korang buat elok2, rezeki pon berkat n customer pon x teragak2 nak recommend korang kat org lain..ye dok?

Wednesday 12 October 2011

Doa mendekatkan JODOH...


Jodoh tu urusan Allah..cepat atau lambat, xde sape yg ade jawapan...Sape x nak kawen?xnak ade family?tipulah..x kire la lelaki atau perempuan, x salah kalau kite berusaha. Antaranya ialah dengan berdoa..Nak share skit..ni antara doa yang boleh diamalkan bagi mereka yang sedang berusaha.. =)

”Mahasuci Allah yang telah menjadikan makhluk berpasang-pasang semuanya; baik yang tumbuh di bumi; mahupun diri mereka sendiri; begitu juga apa-apa yang mereka tidak mengetahui”.. (Surah Yaasin ayat 36)


p/s: Ayat ini sesuaikan diamalkan bagi mendekatkan jodoh / memudahkan urusan pencarian jodoh, InsyaAllah...

Cara-caranya : Dihembus dan disapu ke muka sebelum keluar rumah setiap pagi.. (Sesungguhnya kita hanye mampu berusaha, Allah yang menentukan segalanya) 

*sumber ---> Program Tanyalah Ustaz (TV9)

Berita Hebat Bagi PENJAWAT AWAM!!!

Ramai yg dh tau PM telah umumkan kenaikan bagi penjawat awam mulai tahun depan..roughly, PM just cakap range dari RM80-RM320...hmmm...jenuh nk pikir..brape la agak2 gaji aku naik..tetibe dapat plak dari 1 sumber psl kenaikan gaji nih..cer tengok!


p/s: ni xsure lagi sbb sumber x mengesahkan kesahihan benda ni...tapi kalo betul, ALHAMDULILLAH....*senyum kambing*