Muammar Gaddafi merupakan seorang pemimpin yang paling lama memerintah di Afrika dan dunia Arab. Beliau telah memerintah Libya sejak berumur 27 tahun, iaitu selepas menggulingkan Raja Idris I dan sekaligus berjaya mengeluarkan Libya daripada dilema politik yang berpanjangan.
Kelantangan beliau di pentas politik dunia sangat digeruni oleh dunia Barat termasuklah orang-orang Yahudi. Manakan tidaknya, beliau satu-satunya pemimpin yang pernah mencampakkan Piagam PBB semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong PBB. Sape yang berani beb!! Ronald Reagen, mantan Presiden AS sendiri pernah menggelarkan beliau sebagai anjing gila kerana terlampau lantang bersuara..sikit pun beliau x heran!!
Samada sedar atau tidak (tapi ramai yang buat-buat x sedar termasuklah rakyat Libya sendiri), Gaddafi telah berjaya membawa Libya ke sebuah tahap di mana rakyatnya tidak perlu lagi bergantung dan menjadi hamba kepada Barat. Antara sumbangan Kerajaan Gaddafi ialah :
- Setiap rakyat Libya menerima saguhati daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing. Ini sejajar dengan amalan Kerajaan Emiriah Arab Bersatu di mana mereka memperuntukkan di dalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya. (So xdela isu wang royalty x sampai ke tangan rakyat)
- Cukai maksimum hanya 12%.
- Takde 1 pun bank di Libya yang mengamalkan faedah/riba.
- Tidak ada rumah yang di pajak di Libya.
- Mana-mana rakyat Libya yang mahu bertani atau menusahakan ladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan serta benih secara free!
- Rakyat Libya tidak dikenakan sebarang caj elektrik!
- Rakyat diberikan kemudahan pendidikan dan perubatan percuma.
- Mana-mana pasangan pengantin baru akan diberi saguhati 6,000 dinar oleh kerajaan.
- Harga gas adalah serendah 12 sen seliter.
- Rakyat yang berhasrat nak beli kereta guna loan x dikenakan sebarang faedah. Pinjam 50k, bayar balik pun 50k. (super cool!!)
- Satu system saliran canggih telah di bina di Lbya bagi membekalkan air bersih ke seluruh Negara. So rakyat Libya x perlu lagi bergantung kepada orang luar.
- Kadar celik ilmu semasa pemerintahan Raja Idris I hanyalah 10%. Namun selepas Libya di ambil alih oleh Gaddafi, kadar ini telah meningkat kepada 90%!!
- Kes kebuluran dan homeless people di Libya adalah sangat terpencil iaitu kurang 5%. Kadar ini jauh bezanya dengan Amerika!
Banyak lagi sebenanyer..tapi ni adalah antara yang major.. Apa yang Gaddafi buat ni merupakan antara ciri-ciri Negara Kebajikan berteraskan Islam tanpa perlu tunduk kepada kuasa Barat ditambah pula dengan kekuatan ekonominya. Mane la si Barat ni nak senang duduk tengok ada Negara Islam yang well established camni.. Yang paling Barat takutkan, Gaddafi meminta Barat untuk membeli minyak menggunakan dinar emas. Dan sah-sah la ianya sangat tidak dipersetujui oleh Barat kerana selama ini mereka hanya menggunakan matawang USD. Namun demikian, Gaddafi mula hanyut dengan harta dunia di mana beliau mula bertindak zalim dan seperti diktator terhadap rakyatnya. Hal ini membuatkan Barat cuba untuk mengambil kesempatan.
Secara senyap, Barat dan Yahudi telah merancang untuk menghapuskan Gaddafi. Langkah pertama yang dilakukan adalah dengan menghasut rakyat Libya sendiri untuk membenci Gaddafi. Tak cukup dengan tu, mereka juga dibekalkan dengan senjata dan pesawat gempur Nato untuk melawan Gaddafi. The best part is, ada pulak yang sanggup diperkudakan Barat untuk menentang bangsa sendiri!! Atas nama demokrasi dan kebebasan manusia , mereka memilih untuk menyebelahi Kafir untuk menggulingkan pemerintah sendiri yang banyak berjasa.
Akhirnya, rancangan Barat berjaya. Muammar Gaddafi telah dibunuh dan nyawa beliau telah ditamatkan oleh seorang rakyat Libya sendiri.. Yang menyedihkan, jenazah beliau telah di hina dengan teruk sekali oleh rakyat Libya sendiri.. Selama beberapa hari jenazahnya ditempatkan di dalam peti beku di sebuah kedai menjual daging. Selama itu, beribu-ribu orang telah beratur panjang untuk melihat sendiri jenazah beliau. Bukan untuk memberi penghormatan terakhir, tetapi hinaan terakhir. Mereka juga bergaduh tentang bagaimana untuk menyempurnakan jenazah beliau. Malah, ada yang mengusulkan supaya dicampak saja jenazah beliau di padang pasir supaya dimakan musang kerana orang seperti beliau tidak layak untuk dikebumikan dengan sempurna.
Apabila seorang muslim meninggal,maka fardhu kifayah ( kewajiban ditujukan kepada orang banyak,apabila sebagian dari mereka telah mengejarkannya maka terlepaslah yang lain dari kewajibannya itu,akan tetapi jika tak ada seorang pun yang mengerjakannya,maka mereka berdosa semuanya ) atas orang hidup menyelenggarakan 4 perkara, iaitu:
1. Memandikan Jenazah
2. Mengafani Jenazah
3. Menyolatkan Jenazah
4. Menguburkan Jenazah
Justeru, dari pandangan seorang Muslim yang masih cetek ilmunya, adalah tidak patut sama sekali layanan yang diberikan ke atas jenazah Gaddafi. Sungguhpun beliau pernah melakukan kesilapan, namun siapalah kita sebagai manusia untuk menghukum beliau sedemikian rupa. Lebih-lebih lagi apa yang dilakukan terhadapnya itu adalah oleh orang ISLAM.
p/s: mintak dijauhkan perkara-perkara seperti ini berlaku di negara kita walaupun telah nampak tanda-tanda awal perkara ini. (Nau’uzubillahiminzalik..). Semoga Allah mengampun dosa Muammar Gaddafi dan seluruh umat Islam..